Friday, February 1, 2013

Assalammualaikum & selamat sejahtera

Buat semua yang sudi luangkan masa membaca blog saya, terima kasih...
Pejam celik, dah hampir setahun tak update blog ni. Belum ada idea nak tulis ape.he3.
Sekejap je mase berjalan, adam dah 1 tahun 7 bln. ramai gak yang tanya bila nk bagi adam adik...hehe
Rase lom sedia lagi la, adam sorang pn xterlayan rasanya.


Haa..ini la gmbar adam yg terbaru. sebenarnya adam lom pandai bawa basikal lagi. saje je show off. hehe.
Nak kayuh pun tak sampai lgi. mama yg penat kene tolak die nak basikal sana sini..

Oklah.. nak sambung kerja dulu ni...tata..



free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Thursday, February 9, 2012

Virgin Coconut Oil!!



Definisi minyak kelapa dara :

Minyak yang di keluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui process khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat di dalam buah kelapa tersebut. produk ini amat sesuai untuk semua golongan terutamanya wanita. Tanpa sebarang bahan kimia.


Khasiat minyak kelapa dara :

a) kesihatan luaran

  • membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan kadar metabolisme badan.
  • menyokong fungsi imunisasi
  • menghilangkan parut jerawat dan strechmark
  • menghasilkan tenaga dgn segera
  • melembut dan mengurangkan kekeringan kulit serta kekenduran dan memberi perlindungan dari sinaran UV.

  • membantu memberi keanjalan kulit dan melambatkan proses penuaan.
  • mempercepatkan penggantian sel kulit mati
  • mengatasi masalah rambut gugur
b) kesihatan dalaman
  • meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
  • memudahkan penghadaman dan penyerapan zat dalam badan.
  • mencegah risiko sakit jantung
  • memiliki sifat antioksidan semula jadi
  • membantu memelihara kesihatan hati dan buah pinggang.
  • mempercepatkan penggantian sel kulit mati.
  • mengatasi masalah rambut gugur
  • melancarkan kitaran haid
  • membaiki kadar pencernaan dan penyerapan vitamin dan asid amino.
  • melawaskan pembuangan air kecil dan besar

Dapatkan Catalyst Virgin Coconut Oil sekarang !!!
Harga tetap RM 39.90
untuk dapatkan harga istimewa, boleh pm saya di fb atau emailkan kepada luigitoka@yahoo.com.

  • KHASIAT MINYAK KELAPA DARA :~

    RESDUNG

    Minyak kelapa dara merupakan pembasmi kuman semulajadi. Ia mempunyai sifat antivirus dan antibakteri sejenis lemak tepu akif yg merupakan bahan penting dalam minyak kelapa dara. Sifat ini merupakan satu bahan yang amat berkesan untuk menentang penyekit yg disebabkan oleh kuman spt resdung.

    TIROID

    Minyak kelapa dara jgk dpt membantu masalah tiroid kerana ia dapat merangsang fungsi tiroid dan mempunyai ifat antiseptik. Ia juga mampu merangsang metabolisme.

    RAMBUT

    Minyak kelapa dara jgk mempunyai nutrisi semulajadi yg baik untik rambut dalam membantu pertumbuhan rambut yg sihat dan dpt memberikan kulit yg berkilau. Urutan minyak kelapa dara di krepala akan dapat membantu mengelakkan dari kelimumur, kutu serta mengelakkan dari kulit kepala kering. Ia merupakan penyejuk yg sgt baik dlm membantu pertumbuhan semula rmbut yg rosak. Ia blh juga dijadikan minyak rambut dan krim pencegah kelimumur.

    TEKANAN.

    Minyak kelapa dara dapat membantu mengurangkan tekanan dan enghilangkan stress. Dgn meletakkan minyak kelapa dara di kepala diikuti dgn urutan akan dpt membantu menghilangkan mental.

    KULIT

    Minyak kelapa dara boleh digunakan sebagai minyak urut dan sebagai pelembap. Manfaatnya adalah jauh lebih baik dari krim pelembap kerana ianya dapat diserap oleh kulit. Dapat mebntu mengeakkan kulit dari kering dan mngelupas. Ini akan dapat membantu melambatkan proses penuaan. Dapat jgk membantu merawt masalah kulit seperti psoriasis, dermatitis, ekzema dsb.

    MELAMBATKAN PROSS PENUAAN

    Minyak kelapa dara dapat membantu melambatkan proses penuaan awal dan penyakit degeneratif kerana ia mempunyai sifat antioksian semulajadi.

    JANTUNG

    Ramai yang menganggap bahawa minyak kelapa dara tidak baik untuk jantung kerana ia mengandungi sejumlah besar lemak tepu. Sebenarnya minyak kelapa dara amat baik untuk jantung kita. Ia mempunyai asid laurik (50%-70%) yg dpt membantu mencegah pelbagai masalah jantung termasuk kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi. Lemak tepu yg terkandung di dalam minyak kelapa dara tidak berbahaya seperti minyak sayuran lain dan ia tidak menyebabkan peningkatan kadar LDL. Ia dapat mengurangkan timbulnya kecederaan di arteri dan membantu mencegah aterosklerosis.

    BERAT BADAN.

    Minyak kelapa dara dapat membantu mengurangkan berat badan kerana ia mengandungi asid lemak rantai sederhana yg blh membantu mengawal berat badan yg berlebihan. Ianya mudah dicerna dan membantu masalah tiroid dan sistem enzim atau penghadaman.Seterusnya meningkatkan metabolisme dan menghilangkan tekanan pada pankreas serta membantu pembakaran lemak untuk menghasilkan lebih banyak tenaga. Membantu mengurangkan berat badan yg berlebihan.



    Kesan Segera Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Tubuh


    1. Melegakan pernafasan
    mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong.

    2. Melawaskan pembuangan air besar dan kencing
    menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksin melalui najis

    3. Meningkatkan metabolisme pada seluruh sel tubuh .Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan (badan anda akan terasa lebih segar dan bertenaga).

    4. Di dalam usus kecil dan besar ia memusnah organisme perosak seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa (cacing). Oleh itu penghadaman mencapai tahap maksimum.

    5. Mengurangkan keadaan mudah lapar bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. Oleh itu berat badan terkawal (tidak perlu makan banyak dan kerap).

    6. Mengurangkan kandungan lemak badan berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang.

    7. Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi
    mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung.

    8. Mengelakkan penggantian sel-sel mati dengan yang baru
    mengembalikan keanjalan dan kelembutan kulit.


Wednesday, November 23, 2011

Rindukan Arwah

Time ujan-ujan camni, terasa rindu dengan pengat pisang arwah mak...
Selama ni, aku terlalu sibuk dengan study sampai bile mak dah takde, aku rase masih belum puas bermanja dengannya...kalau boleh nak sangat peluk cium die sekarang, tapi apakan daya...

Aku telah dimasukkan ke sekolah berasrama sejak Form 1. Jadi, mase yang aku luangkan untuk bersama mak sgtlah sedikit. Lepas form 5, aku terus pergi PLKN die Negeri sembilan. Paling lama aku duduk rumah pun dalam 3 bulan je. Balik PLKN pergi Matrik pulak.Abis Matrik blaja lagi....Memang jarang sangat aku duk rumah lama2 melainkan cuti sem.

Masa aku di semester 5, mak aku pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya....Mak aku meninggal akibat penyakit Hepatitis. Masa mak aku sakit di HSA ( hospital sultanah Aminah), setiap hari lepas kuliah aku akan naik bas ke sana. selalu juga aku ponteng kuliah sebelah petang...masa tu la aku dapat meluangkan masa dengan arwah.kadang-kadang aku tertidur di tepi katil arwah.

Mak menghembuskan nafas terakhir dihadapan kami semua. Adikku, yg ketika itu tidak berhenti mengucapkan kalimah syahadah ke telinga emak hampir pengsan setelah mak menghembuskan nafas buat kali terakhir. Doktor dan jururawat bertugas turut terasa ketengangan suasana di bilik ICU itu.

Kutatap wajah emak dekat-dekat. seperti tidak percaya yang aku sudah kehilangannya...
Peritnya amat dirasai.

Kini, aku lebih mengerti bagaimana perasaan seorang ibu kerana aku juga sudah bergelar ibu..
Aku berjanji pada diriku untuk menjadi seorang ibu yang dapat mendidik anak-anakku supaya mereka boleh berjaya di dunia dan akhirat...

Akhir kata, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Amin