Kisah benar ni berlaku pada hari rabu yang lepas. Sepatutnya kami wajib menghadiri kelas koQ tetapi entah kenapa hari itu terasa terlalu membosankan. Otak kami pun mula ligat memikirkan sesuatu yang boleh dilakukan untuk menghilangkan boring. Kemudian ada salah seorang dari kami bercadang untuk pergi membeli kuih raya di simpang renggam. kami dengan ghairah dan terujanya pun bersetuju dengan cadangan itu. Kerana status kami yang masih pelajar UTM sudah tentu kami belum mampu untuk mempunyai kereta sendiri. So kami pun mencari jalan untuk menyewa sebuah kereta. Lastly, kami berjaya menyewa sebuah kancil yang boleh memuatkan kami seramai 4 orang ni. Walaupun semua rancangan ini baru dibuat beberapa minit yang lepas tetapi kami sudah mahu berangkat. Walaupun keputusan yang kami buat sangat drastik tetapi kami tetap bersemangat dengan rancangan ini.
Apabila semua sudah siap kami pun memulakan perjalanan pada 3.30 ptg. Pelbagai-bagai perkara pelik menimpa kitorang(tapi tak adalah pelik mana pun). Bile kami nak pegi isi minyak kat shell skudai, kami tengok tayar dah pancit. Pelik betul sebab tadi ok je tayar tu. Jadi lepas kami isi minyak,kami pun cuba isi angin tapi malangnya tak ada seorang pun antara kami yang tahu cara nak isi angin ni…haha.klaka…nasib baik tak lama tu ada seorang foreigner tu tolong kami. Perjalanan pun diteruskan lagi dan kami pun masuk highway ke simpang renggam. Setelah hampir 45 minit terperap didalam kereta akhirnya kami pun tiba di pekan Simpang Renggam. Balik ke niat asal kami untuk membeli kuih raya jadi kami menghalakan kereta kami ke Industri kecil dan sederhana(IKS). Kami terpegun dengan salah satu kedai iaitu ZAINAB ENTREPRISE…sungguh banyak biskut raya dan kerepek yang dijual. Bukan setakat itu sahaja,kami juga tertarik pada kek dan makanan sejuk beku yang dijual disitu. Semuanya tampak menyelerakan apatah lagi di bulan puasa ini.
Setiap orang di antara kami pasti ada yang dibelinya dan bagi kami alang-alang menyeluk asam biar sampai ke pangkal lengan. Ada yang beli biskut-biskut raya,kerepek dan kek. Setelah penat bershopping di situ kami pun menuju ke sebuah ladang nanas terbesar di Simpang Renggam. inilah kali pertama kami menjejaki tempat itu. Wow! Sungguh luas ladang nanas disitu sehingga tidak nampak dimana letaknya hujung pangkal ladang itu. Alangkah seronoknya kami kerana apabila sampai disitu, selain dapat melihat ladang nanas tetapi kami juga dapat melihat ladang pokok jagung dan ladang terung berhampiran situ. Apalagi, masing-masing seperti rusa masuk pekan sibuk bergambar sana sini kalah pengantin.
Setelah puas menikmati pemandangan yang hijau kami pun menyusuri jalan menuju ke sebuah restoran untuk berbuka. Usai berbuka dan solat maghrib kami pun bersetuju untuk pulang awal memandangkan esok ada test kimia fizik. Kami memasuki highway tepat jam 8.30 malam…beberapa orang antara kami termasuk saya terlelap semasa perjalanan tetapi teman saya yang memandu masih kelihatan segar. Jam menunjukkan 9.00 malam.Selepas melepasi plaza tol Kulai…tiba-tiba kereta yang kami naiki mati. Tersadai di tepi jalan di lorong kecemasan. Mata-mata yang sebelumnya ngantuk terus segar bugar. Dengan sedikit pengetahuan yang ada,kami cuba membetulkan apa yang patut tetapi usaha kami sia-sia…kenderaan-kenderaan berat seperti lori trellar dan bas express yang melalu jalan itu menjadikan kami semaki kecut perut. Sudah bermacam-macam perkara buruk bermain di fikiran.
Penyeksaan kami bukan berhenti setakat itu, tetapi lampu kecemasan dan lampu hadapan pada kereta itu semakin malap. Malap,malap dan akhirnya padam…dengan tenaga empat kerat kami menolak kereta itu ke tepi jalan kerana bimbang kalau-kalau disambar dek kenderaan-kenderaan disitu. Pelabagai usaha telah kami lakukan dan setelah satu jam kami tersadai di divider jalan itu,akhirnya plus datang membantu kami. Ketika sedang berbincng dengan pihak plus, tidak lama kemudian mereka menerima panggilan kemalangan dan akhirnya terpaksa meninggalkan kami berempat disitu. Perasaan takut semakin memenuhi jiwa kami tambah-tambah lagi keempat-empatnya adalah perempuan. Kami menghubungi owner kereta yang kami sewa dan dia bersetuju untuk datang ke tempat kami. Setelah satu jam lagi kami menjadi penunggu setia akhirnya owner kereta pun datang tetapi dia dan beberapa orang kawannya tidak berhasil memperbaiki kereta itu..kami tunggu lagi…tunggu sang hero datang menjadi penyelamat..hehe…
Kami juga sudah memberitahu rakan-rakan kami di UTM tentang perkara ini dan alhamdulillah ada yang sudi membantu. 20 minit kemudian, dua orang rakan kami dari UTM datang untuk menbawa kami pulang. Akhirnya kami pun berjaya pulang dengan keletihan yang teramat sangat. Kereta kancil tadi sudah berada dalam jagaan tuannya yang masih menanti penyelesaian di tebing jalan tadi…inilah pengalaman yang amat memenatkan dan memberi banyak pengajaran kepada kami..lastly, thanks to paman dan safwan yang membantu kami menyelesaikan misi kami tatkala kami kebuntuan..thats all…