Bile dah kawin, kne la belajar memasak. Baru boleh pikat hati suami.
Aku yakin ramai kawan2 sebaya yang masih xtau masak.
Contohnya cik bal, dari kecik sampai besar tau belajar je...bab memasak mmg die xberapa tau. Belaja tinggi la katakan, xhairan la kalau xreti masak...
Kadang2 ada gak dengar Cik Bal menyuarakan rasa hati untuk belajar memasak dan juga menjahit...tapi entah bile la suara hati tu nk jadi realiti.. OPps! dah terlebey plak kutuk cik bal. Sory ye..hehe
Semalam tibe2 teringin nak makan rendang ayam. mengidam kot.hehe
Rase menyesal plak sebab masa mak masih ada dulu tak nak belajar masak.sekarang mak dah tak de kne la belajar sendiri...
Disebabkan cubaan pertama masak rendang semalam menjadi, so aku nak
share ckitla resepi rendang ayam aku ni.
Bahan kisar :
bawang merah
bawang putih
lengkuas
halia
serai
cili padi
Ayam :
perap ayam dengan ketumbar,
serbuk kunyit dan garam.
kerisik :
goreng kelapa parut tanpa minyak sehingga hitam.
Then blend sehingga keluar minyak, kalau nk tumbuk pun boleh.lebih cepat.
Cara-caranya :
1)Tumis semua bahan kisar tadi. nak tambah cili giling pun boleh.
2)Masukkan ayam yang dah diperap.
3)Masukkan santan dan tunggu sehingga kering (guna santan asli lebih baik).
4)Bila dah hampir kering, ayam pun dah masak, then masukkanlah kerisik tadi.
5)Jangan lupa masukkan garam dan gula secukup rasa.
6)Masukkan daun kunyit yang telah dihis halus.
6)sedia untuk dihidangkan.
Dah siap pun.senang saja kan...Banyak cara lagi nk masak rendang ayam ni.
Bak kata orang tua2, lain orang lain gayanya...
Apepun, selamat mencuba. =))
1 comment:
oh..berkongsi resepi haaa...^^
Post a Comment