Sunday, January 18, 2009

Kelebihan berselawat.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

'Barangsiapa yang kesukaran pada menunaikan hajat/cita-citanya maka hendaklah dia memperbanyakkan membaca selawat untukku kerana sesungguhnya selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.'


Tolong sebarkan kepada kawan-kawan!

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.

Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.

Ambillahwaktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.

Ambillah waktuuntuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikanTuhan.

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju ke bahagiaan.

Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan jiwa

Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.

Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.

Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Sejarah dan kelebihan 10 MUHARAM

KELEBIHAN PUASA ASYURA'

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.

(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.

(3) Dicipta Adam a.s.

(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.

(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.

(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.

(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.

(8) Selamat Musa dan pengikutnya.

(9) Lemas Firaun.

(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.

(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.

(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.

(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.

(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.

(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.

(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.

(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.

(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.

(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

Semoga dengan sedikit info ini akan mengerakkan lagi hati kita untuk terus beramal kepadaNya walaupun di keadaan yang sibuk dengan sebarang urusan sekalipun... Wallahu A'lam...
" Ballighu anni walau ayah ", maksudnya: sampaikanlah kepadaku walau satu ayat...(sayyidina Ali r.a). Sebarkan.




Hikmah surah al kautsar.

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah
dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan
memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Wallahualam,Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.

Buat renungan

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: Allah menyukai bersin dan membenci menguap. Sebab itu apabila seorang dari kamu bersin hendaklah mengucapkan; "Alhamdulillah" (Segala Puji Bagi Allah) dan setiap muslim yang mendengarnya perlu membaca :

"Yarhamukallah" ( Semoga Allah Merahmati Kamu) sebagai jawapan. Menguap adalah datang dari syaitan. Sebab itu apabila seorang dari kamu menguap, hendaklah dia menahannya kerana ketika seorang dari kamu menguap syaitan akan ketawa kepadanya. (HR Bukhari)

Siapa kita???

Siapakah orang yang sibuk ?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan .

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa
amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?

Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

hikmah jenis-jenis makanan dalam islam

Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan.

Nabi s.a.w. pernah bersabda 'Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu'.

Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam

Udang Vs Vitamin C

Baca kisah benar di bawah…

Peristiwa ini terjadi di Taiwan , ada seorang wanita meninggal mendadak dgn lima panca indra keluar darah, setelah diselidiki ternyata wanita ini meninggal bukan karena bunuh diri atau dibunuh melainkan karena ketidaktahuan akan terjadinya keracunan makanan.

Wanita ini punya kebiasaan minum Vit C setiap hari, ini tdk masalah, masalahnya karena malam itu wanita kebanyakan makan udang, sebenarnya cuma makan udang saja tdk masalah, orang rumahnya juga banyak makan udang malam itu dan tak ada yg meninggal.

Pada dasarnya udang mengandung Arsenic Pentoxide (As2O5) , berhuhung habis makan udang wanita itu minum Vit C , dan terjadilah reaksi kimia di dalam perut membuat As3O5 berubah menjadi Arsenic Trioxide (As2O3) yang sangat beracun , mengakibatkan hati, jantung, ginjal, pembuluh darah rusak, usus keluar darah, pembuluh darah melebar hingga wanita itu meninggal mengenaskan dengan kelima panca indera keluar darah.

Selain itu ada beberapa lg makanan yang xboleh ngam n akan bergaduh dan berhentam iaitu

"mentos + coke" , "air kelapa+soda" , "durian+tapai"

Sampaikan la ni kt kwn2 n family anda k..

Akibat kekenyangan

Diriwayatkan bahawa Nabi Yahya a.s pernah didatangi iblis yang membawa beberapa benda bergantungan pada badannya.
Lalu Nabi Yahya bertanya: "Apakah benda yang bergantungan itu?"
Jawab iblis; "Inilah syahwat yang aku pergunakan untuk menguasai dan menggoda manusia. "
Nabi Yahya kemudian bertanya: "Apakah yang ada pada syahwat itu?"
Jawab iblis: "Kadang- kadang dengan syahwat ini engkau kekenyangan lantas aku beratkan engkau daripada mengerjakan solat dan zikir."
Nabi Yahya terus menjawab; "Demi Allah, selama- lamanya aku tidak akan memenuhi perut dengan makan hingga terlalu kenyang."

So, kita tak sepatutnya makan hingga terlalu kenyang kerana boleh menyebabkan kita malas dan tidak mampu beribadat. Dan kerana kekenyan juga boleh mengakibatkan banyak penyakit…..:-)

Obesity.

Memandangkan saya ada assignment tentang obesity,so nak gak kongsi dengan anda semua. Apa yang termampu ajela.

Obesity berlaku bila bilangan kalori yang kita makan lebih banyak dari kalori yang kita bakar or gunakan.

Bagaimana nak menentukan obesity??

Measurement yang kita guna untuk mengira obese ni ialah BMI, BODY MASS INDEX.

Seseorang yang mempunya BMI 20-25 ialah normal, BMI 25-30 ialah overweight dan BMI 300>> dikenal sebagai obesity…

Obesity ada banyak negatif effect, contohnya health problem, low self esteem dan boleh menyebabkan si obes tertekan dengan dirinya sendiri..

So dari sekarang kita kena jaga kesihatan and exercise selalu..

Buat sesiapa yang suka roti canai…mai baca reramai.

Jika kita makan roti canai setiap hari, start dari umur kita 20 tahun mungkin kita akan hidup sampai umur 50 tahun sahaja. Kenapa??

Sebab roti canai mengandungi kalori yang sama dengan kalori yang dibakar bila kitaberjogging 5km.

Maknanya kalau kita lari 5km then makan sekeping roti cana, sama ja macam kita tak pegi jogging. Tu belum lagi yang makan roti canai 2 keping or yang makan roti telur tapi tak jogging langsung.semakin bertambah la lemak dalam badan..

Ha,faham kan..so kurangkanla makan roti dan selalu-selalu la berjogging k.