Sunday, April 12, 2009

Cerpen Episod 3

CINTAKU MASIH MILIKMU (EPISOD AKHIR)


Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata. Fikiranku hanya tertumpu kepada dua insan yang kini setia menagih cintaku. Haris affendi, mengapa kau kembali semula setelah kau hiris hatiku? Tiba-tiba rasa menyesal timbul dibenakku kerana aku tidak memberi peluang langsung untuknya menjelaskan apa yang berlaku. Begitu susah bagiku untuk memilih antara dua insan itu. Aku menangis lagi, entah buat kali ke berapa. Hatiku bergelut dengan perasaan yang tidak menentu. Tanpa aku sedari jam sudah berganjak ke 1.00 pagi tapi mataku belum mahu tertutup. Ya ALLAH, tunjukkanlah aku jalan keluar yang benar.

Petang ini aku telah bersetuju keluar dengan Shahriz. Kerana pujukan Shahriz pagi tadi, akhirnya aku akur untuk keluar dengannya. Tapi bagiku tiada apa yang perlu dibincangkan lagi antara kami selagi aku masih belum bersedia menerimanya. Hanya Fendi yang aku fikirkan sekarang. Adakah aku harus melepaskannya begitu sahaja? Hatiku merintih dalam kesamaran. YA ALLAH bantulah hamba ini mencari jawapan.

“Mira kenapa senyap je. Maaflah kalau Mira rasa terpaksa keluar dengan abang.”

“Tak apa lah, Mira pun tak ada apa nak buat kat rumah tu. Boring juga.” aku cuba menceriakan suasana.

“Boleh abang tanya sikit? Harap Mira tak kisah.”

“Apa dia? Tanyalah…macam serius je bunyinye.”

“Mira tak nak hantar Fendi ke Airport ke?” selamba sahaja di menuturkan soalannya. Aku hanya tergamam, semakin lemas mendengar nama itu. Tapi masih tertanya-tanya bagaimana Shahriz boleh mengetahui hal ini. Berbagai-bagai andaian mula timbul.

“Fendi ada jumpa abang semalam. Dia dah terangkan segala-galanya tapi kenapa Mira tak bagi peluang untuk dia beri penjelasan? Kalau Mira masih cintakan dia abang rela lepaskan Mira, yang penting mira bahagia. Mira…sebagai seorang lelaki, abang cukup faham perasaan Fendi lagipun mencintai seseorang itu tidak semestinya bersama cukuplah mendoakan yang terbaik untuk orang yang kita cintai.” Kenyataan Shahriz seakan-akan mahu aku kembali pada Fendi.

“Mira tak pasti,abang. Apa Mira patut buat sekarang?” suaraku mula perlahan.

“Abang hantar Mira ke airport ye?” dalam bergelut dengan perasan sendiri, aku hanya mengangguk tanda setuju. Sepanjang perjalanan Shahriz menerangkan bahawa Fendi ada masalah keluarga. Aku hanya memasang telinga. 15 minit kemudian kami tiba disana. Mujurlah jalan tidak sesak petang ini. Kami tercari-cari kelibat Fendi. Tidak lama kemudian, aku bertentang mata dengan seseorang. Jantungku mula berdegup hebat sehebat gendang yang dipukul bertalu-talu. Seolah-olah ada tarikan pada sepasang mata itu, perlahan-lahan aku mara kearahnya.

“Fendi, Mira belum terlambat lagikan?” entah mengapa soalan itu yang terkeluar dari mulutku. Aku hanya menundukkan muka, rasa malu untuk terus bertentang mata dengannya.

Fendi hanya senyum dan menggenggam tanganku seperti tidak mahu dilepaskannya lagi. Apabila Fendi menyentuh tanganku, terasa darah panas mengalir ke segenap tubuh. Airmata yang sejak tadi bertakung akhirnya gugur juga.

“Terima kasih Mira kerana sudi menerima Fendi semula. Fendi takkan sia-siakan Mira lagi.” Ucap Fendi penuh nekad.

Fendi memandang Shahriz yang setia berdiri dibelakangku, mereka saling tersenyum dan bersalaman. Tidak lama kemudian, kedengaran arahan agar semua penumpang-penumpang memasuki pesawat.

“Fendi kena pergi dulu sayang, I love you so much.” Satu kucupan hangat singgah didahiku.

I love you too. Mira akan tunggu Fendi, take care,” bisikku kepada Fendi. Langkahnya semakin menjauh meninggalkanku sambil tangannya melambai-lambai kearahku. ALHAMDULILLAH, kini aku pasti yang cintaku hanya untuknya. Doaku dalam hati, semoga ALLAH melindunginya di mana saja dia berada. Pastinya aku tidak sabar menunggu kepulangannya nanti.

tahniah pada sape yang dah baca sampai penghujung kisah ni....

moral valuenye : Hargailah insan-insan yang tidah pernah jemu mencurahkan kasih sayangnya pada anda...


Cerpen Episod 2

kat bawah ni adalah sambungan dari cepen episod 1...jangan x baca tau..bagi la komen2 korang yang membina tu ckit ea..thankz..

CINTAKU MASIH MILIKMU (EPISOD 2)


“Mira tak sedia lagi untuk semua ni abang. Mira….Mira perlukan masa untuk mencintai abang setulus hati. Mira sudah anggap abang seperti abang kandung Mira, abang tak perlu tunggu Mira. Mungkin ada orang lain yang lebih layak untuk abang.” Aku harap dia akan memahami keputusanku.

“Mira…hati dan cinta abang hanya satu dan ia ada pada Mira. Berilah abang peluang kali ini untuk membahagiakan Mira. Izinkanlah abang menunggu sehingga pintu hati Mira terbuka. Abang rela. Please Mira, fikirkanlah tentang hubungan kita,” Rayuannya membuatkan aku bertambah bingung.

“Abang, berilah Mira sedikit masa. Mira tak dapat nak beri keputusan sekarang.”

“Baiklah Mira, ambillah masa untuk diri Mira. Abang sentiasa mendoakan kebahagiaan Mira.”

Shahriz bingkas bangun dari tempat duduknya namun matanya yang berkaca-kaca itu tidak lepas dari memandang wajahku.

“Abang balik dulu, hari pun dah hampir senja ni,” aku hanya mengangguk. Dia terus berlalu meninggalkanku di ruang tamu.

Malam minggu itu, Shahriz menjemputku dirumah untuk keluar makan bersama. Pada awalnya aku tidak mahu tapi aku rasa lebih baik untuk aku mula berfikir tentang hubungan kami.

Selesai makan aku meminta agar dia menghantar aku pulang awal kerana aku tidak ada mood untuk kemana-mana lagi. Walaupun dia agak kecewa, tetapi dia pasrah. Sebenarnya aku tidak mahu pertemuan kami dipanjangkan kerana aku masih belum dapat memberi jawapan padanya.

“Hairatul mahirah!” Berderau darahku kerana terperanjat. Apabila melihat aku terkejut, Shahriz mula mentertawakanku.

“Kenapa dengan abang ni? Gugur jantung Mira dibuatnya,” marahku sambil mengurut-ngurut dada.

“Opps sorry. Dah banyak kali abang panggil Mira tapi Mira tak jawab. Apa yang sedang Mira fikirkan tu?”

“Tak ada apa-apa.” Jawabku selamba.

Suasana kembali sepi.

“Apa keputusan Mira tentang hubungan kita?”

Saat ini aku hanya menundukkan wajah, aku tidak sanggup lagi untuk melihat wajahnya. Entah mengapa terlalu payah untuk menerimanya sebagai kekasihku.

“Abang, andai hati Mira boleh dibahagikan, pasti abang akan mendapat bahagian yang paling banyak sebab abang terlalu baik pada Mira selama ini. Tapi cinta tak semudah itu, cinta tak boleh dipaksa.” jawabku perlahan-lahan.

“Mira tak dapat nak janji apa-apa pada abang, tapi Mira akan cuba beri peluang pada kita dan Mira akan lupakan Fendi,” sambungku. Kedengaran Shahriz melepaskan nafas kecewanya.

“Mira jangan salah faham, abang bukan nak paksa Mira dan abang bukan nak Mira buang Fendi sepenuhnya. Abang cuma minta sedikit ruang dihati Mira untuk menyayangi abang. Abang terlalu cintakan Mira.” Hatiku semakin sayu mendengar pengakuannya.

Seluruh jiwaku diserpa rasa bersalah kerana selama ini aku terlalu mementingkan perasaan sendiri sehingga mengabaikan perasaan orang yang menyintaiku. Airmata yang sejak tadi kutahan akhirnya meluncur laju membasahi pipiku. Mengapa begitu mendalam cintanya padaku sedangkan aku tidak pernah mencintainya. Tapi mengapa orang yang aku cintai sanggup tinggalkan aku…Fendi..kenapa Fendi buat begini pada Mira....Semakin deras airmataku mengalir apabila terbayangkan wajah Fendi.

“Sudahlah tu Mira, abang tak nak Mira bersedih. Jangan bazirkan airmata Mira.”

Tidak lama kemudian kami tiba dirumahku. Sempat shahriz memberi kata-kata semangat sebelum kami berpisah.

“Letihnya badan Mira ni mama, Mira nak rehat sekejaplah,” kataku pada mama yang sedang menonoton television.

Memang badanku terasa penat kerana sejak pagi tadi aku membantu Pak Tam membersihkan taman di halaman rumahku.

“Mira pergilah rehat tapi jangan lupa solat zohor dulu. Itulah, kan mama dah pesan tadi tak perlu buat kerja-kerja tu. Pak Tam boleh siapkan sendiri,” celoteh mama.

Ala mama, Mira saja nak keluarkan peluh…”

“Mira naik dulu ye,” mama hanya menggeleng. Lantas aku menuju ke bilikku di tingkat atas. Tidak sabar rasanya untuk merehatkan badan ni. Sampai sahaja di bilik, aku terus menyempurnakan tanggungjawbku sebagai muslimah. Sempatku titipkan doa agar ALLAH sentiasa memberikan petunjuk dan hidayahnya kepadaku.

“Mira…bangun sayang.” terasa bahuku digoncang lembut.

Perlahan-lahan aku celikkan mata, Mama sudah berada disisiku. Jam di atas meja baru menunjukkan jam 3.30 petang. Sempat aku berkira-kira bahawa aku baru tidur selama setengah jam. Tapi kenapa mama mengejutkan aku?soalku di dalam hati.

Ada apa mama?” soalku

Lambat-lambat mama menjawab pertanyaanku. Kelihatan seperti teragak-agak untuk memberitahu sesuatu.

“Hmm…Fendi datang, dia tunggu Mira kat bawah,” seperti ada satu pukulan hebat pada jantungku. Seperti tidak percaya dengan kata-kata mama, jauh di sudut hatiku berharap ini hanyalah suatu mimpi.

Kenapa lelaki itu muncul kembali dihadapanku? Adakah dia mahu kembali kepadaku? Argh! Aku takkan terima lelaki itu lagi...aku termenung seketika, mama meninggalkan aku bersendirian. Setelah difikirkan, lebih baik aku berjumpa dengannya untuk menjelaskan yang hubungan kami sudah tamat. Aku bingkas bangun dan mengemaskan serba sedikit diriku sebelum turun.

Semasa aku menuruni anak tangga, Fendi memandangku dan melemparkan senyuman kepadaku tapi sengaja tidakku balas. Dia masih sama seperti dulu, gemar berkemeja putih dan berseluar jeans menampakkan dia sentiasa kemas dan ringkas.

“Mira, maafkan Fendi mengganggu Mira. Tapi Fendi datang sini ada hajat,” katanya tanpa di soal.

“Fendi…antara kita sudah tiada apa-apa lagi. Jadi,lebih baik Fendi balik sekarang.” Aku menjauhkan lagi jarak antara kami berdiri sebagaimana aku cuba menjauhkan hatiku dari menerimanya.

“Mira, sebab itulah Fendi datang. Fendi nak pulihkan semula hubungan kita. Berilah Fendi peluang untuk jelaskan apa yang terjadi. I love you so much mira.” Fendi cuba mencapai tanganku tapi pantas aku mengelak.

“Tidak semudah itu Fendi,” jawabku tanpa memandangnya. Hatiku ini sudah merajuk, tidak faham lagikah dia? ngomel hatiku.

Just give me five minutes and I will explain everything to you. Then up to you to make a right decision. Please mira…” rayu Fendi

“Kenapa baru sekarang Fendi nak jelaskan semuanya? Kenapa tak dari dulu? Sudahlah Fendi, Mira tak nak dengar apa-apa alasan lagi.” Bidasku, aku mengingatkan diriku supaya tidak mudah percaya dengan kata-katanya. Cukupla sekali aku terluka…sekali…

“Kalau Mira tak nak dengar, Fendi tak boleh nak paksa. Tapi Fendi tetap cintakan Mira hingga ke akhir hayat Fendi. Esok petang Fendi akan bertolak ke London.

Fendi ada urusan di sana dan Fendi tak pasti bila Fendi akan pulang ke Malaysia. Tapi sebelum Fendi pergi, Fendi harap Mira akan terima Fendi kembali. Maafkan Fendi atas segala yang terjadi. Fendi akan tunggu mira di lapangan terbang kalau masih ada kemaafan buat Fendi. Fendi balik dulu sayang.” Hampir sahaja aku menitiskan aimata tatkala mendengar kata-katanya.

NAK TAU PENGHUJUNG KISAH INI??

BACA EPISOD YANG KETIGA YE.....

Cerpen Episod 1

kekawan..sebenarnya cerpen ni aku wat sdri tau..dah lama aku wat..CERPEN NI DAH MASUK MAJALAH REMAJA PADA AWAL BULAN NOVEMBER TAHUN LEPAS..sapa yang ada beli tu boleh la baca balik..hehe (saja nak mentioned)

CINTAKU MASIH MILIKMU.

“Andai hati ini kau miliki, siapalah diriku buat dirinya”

“Mira, kau janganlah begini. Banyakkan bersabar. Mesti ada sebab Fendi mengambil keputusan sebegini sekali. Aku yakin yang dia masih mencintai kau dan tidak mungkin dia sengaja memainkan perasaan kau.”

Pujukan Zura tidak lagi aku endahkan. Zura mengusap-ngusap belakangku sambil sebelah lagi tangannya menggenggam erat tanganku. Di dalam kotak fikiranku hanyalah Fendi, satu-satunya lelaki yang aku cintai sepenuh hati. Begitu mudah dia memutuskan hubungan kasih yang telah kami bina selama bertahun-tahun.

Pagi tadi aku telah menerima kiriman SMS daripada Fendi. Dia telah menyatakan bahawa di antara kami sudah tiada apa-apa lagi hubungan dan dia meminta aku untuk melupakan dirinya. Puas aku cuba menghubunginya, tetapi panggilan dan kiriman SMS yang aku hantar langsung tiada jawapan. Kini aku ditinggalkan begitu sahaja tanpa sebab yang munasabah. Terasa seperti ingin menjerit sekuat hati melepaskan perasaanku. YA ALLAH, badai apakah yang menimpa jiwaku ini. Hari-hari yang mendatang kian suram tanpa irama cinta yang sebelum ini menjadi rentak dalam setiap getar nafasku.

Seperti didodoi tidurku mendengar lagu Atas nama cinta nyanyian artis Indonesia itu. Barulah aku sedar rupanya telefonku yang berbunyi. Nama Shahriz tertera di skrin, terasa malas untuk menjawabnya.

Hello…Assalammualaikum,” suara Shahriz kedengaran di hujung talian.

“Waalaikummussalam…err, ada apa abang call Mira pagi-pagi ni?,” agak kasar soalanku namun aku berharap dia tidak sedar akan getaran di suaraku.

“Saja je abang call Mira, abang minta maaf kalau menggangu Mira,” mungkin dia sedar yang aku tidak senang untuk berbual dengannya.

“Hmm..” jawapku seperti tidak ikhlas melayannya.

“Mira…boleh tak kita jumpa sekejap? Abang ada perkara nak beritahu pada Mira. Boleh ye sayang?” pintanya sedikit merayu.

“Maaflah abang, Mira ada hal yang perlu diuruskan. Lain kali kita jumpa, bye. Belum sempat Shahriz berkata apa-apa, talian sudahku putuskan. Entah perasaan apa yang membelenggu hatiku sehingga aku rasa ingin menjauhi diri darinya.

“Siapa yang call tu? Buah hati ke?” sapa mama yang sudah berada disebelahku. Aku tidak sedar bila mama masuk ke bilikku.

“Eh. Mana ada. Kawan lama Mira je. Bila mama masuk sini? Mira tak perasaan pun?”

“Nak perasaan macam mana kalau Mira asyik berangan je, dah ada boyfriend baru ke? Orang mana? Bila nak kenalkan pada mama dan papa?” soal mama bertubi-tubi.

“Ke situ pula mama ni. Mira masih single lagi la. Mana ada orang yang nakkan Mira ni ma.” Jawabku yang mula mengendur.

“Bukan tak ada, tapi Mira tu yang terlalu memilih. Shahriz tu dah lama menanti Mira, tak baik Mira hampakan dia.”

“Bukan itu maksud Mira ma, cuma Mira masih tak dapat nak lupakan Fendi.” jelasku.

“Sudahlah tu Mira. Lupakanlah benda yang lepas. Buka lembaran baru and you must know that whatever happen, life must go on. Mama tengok shahriz seorang yang cukup sempurna. Kita pun dah lama kenal dia sekeluarga. Apa salahnya kalau Mira beri dia satu peluang.” Mama seakan-akan cuba membuka semula pintu hatiku yang telah lama aku tutup.

Aku tahu mama sentiasa ingin yang terbaik buatku, tapi aku masih belum bersedia untuk mencipta hubungan baru. Biarlah aku bersama kenangan-kenangan lamaku buat masa ini.

“Entahlah mama. Mira laparlah…Jom kita breakfast sama-sama.” aku cuba buka topic baru.

“Tengok tu, mama cakap lain Mira cakap lain. Hmm…ok jomlah kita breakfast.” Kami pun beriringan menuju ke ruang makan.

Selesai solat asar, aku duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen. Tumpuanku terganggu apabila tiba-tiba melihat kelibat Shahriz berdiri di hadapan pintu rumahku. Biarlah, mungkin dia ada urusan pejabat dengan papa, desis hatiku.

Shariz mula mendekatiku dan menegurku. Tetapi aku hanya membalas dengan senyuman.

“Mira rasa papa ada kat ataslah. Biasanya petang-petang macam ini papa dudul di bilik bacaan.” Beritahuku tanpa disoal dan dipinta olehnya.

“Abang datang sini bukannya nak jumpa uncle. Tapi abang nak jumpa Mira,” katanya sambil mengambil tempat duduk dihadapanku.

Ada apa yang abang nak jumpa Mira? Penting sangat ke?” soalku.

“Ini soal hati dan perasaan.” Jawabnya tenang.

Tetapi jawapan itu tidak sedikit pun memberi ketenangan padaku. Dadaku mula berombak kencang, air muka ku yang mulanya jernih sudah berkocak dan aku sudah dapat menjangka apa yang bakal terkeluar dari mulutnya.

“Mira…sebenarnya, walaupun dulu Mira pernah menolak cinta abang tapi cinta abang pada Mira tidak pernah pudar. Abang tahu sekarang mira dah single jadi abang nak melamar Mira menjadi isteri abang? Abang janji yang abang tidak akan mensia-siakan Mira.”

Aku hanya terdiam, membisu seribu bahasa. Kala ini mulutku terasa berat untuk berkata-kata. Aku sudah mula keliru,tiada angin tiada ribut tapi Shahriz datang melamar aku jadi isterinya. Isteri pula tu, kalau girlfriend tak apelah. Patutkah aku menolak cintanya sekali lagi? Pasti mama akan berdukacita dengan keputusanku. Sedangkan dulu semasa aku menolak lamarannya kerana aku sudah ada Fendi, aku hampir-hampir sahaja bergaduh dengan mama. Mama terlalu sayang akan Shahriz sepert sayang anak sendiri. Hati kecilku mula berdolak-dalih. Setelah beberapa minit berlalu, barulah ada sedikit kekuatan untukku berterus-terang dengannya.

nantikan episod seterusnya k.....
ada 2 episod lagi..

nasib member aku....

buat pertama kalinya aku menUPDATE blog aku yang sudah berbulan-bulan terumbang-ambing ini.
hari ni aku update pun sebab member aku si Lan ni membebel je kat aku.

aku ada satu pesanan ringkas nak sampaikan kat korang....

ada beberapa org membe aku ni, diorang beli la roti kat satu tempat tu...memang sedap abis la diorang cakap. org tua2 kte bila sekali sedap, esok mesti nak lagi kn...sampai kali ketiga diorang makan, rasa lain macam...

check2 kat kedai tu, ada sijil halal..

tapi ada salah satu roti diorang namanya "Cheese and Ham"

terkejut kawan aku ni..Setau kitorang, Ham ni daging tut tut kan..fuh...nasib bek la kitorang tak makan roti "Cheese and Ham" tu..

apa yang dirisaukan sekarang, ntah2 roti yang membe aku makan selama ni pun ade mengandungi "Ham".huhu.

Ni aku nak tye pendapat korang, korang rasa Ham tu ape?? n patut ke kedai tu dapat sijil halal??

ape nak buat skrg ekh? takkan kita nak biarkan ramai lagi umat islam jd mangsa die(terutamanya student UTM sbb kedai tu dekat je ngan UTM)...bg la suggestion ckit..png kami pkir..heheheh

moral value: kita sebagai umat islam haruslah berhati-hati memilih makanan...walaupun kedai atau restoran tu glamour,xsemestinya ia halal...