Sunday, April 12, 2009

Cerpen Episod 1

kekawan..sebenarnya cerpen ni aku wat sdri tau..dah lama aku wat..CERPEN NI DAH MASUK MAJALAH REMAJA PADA AWAL BULAN NOVEMBER TAHUN LEPAS..sapa yang ada beli tu boleh la baca balik..hehe (saja nak mentioned)

CINTAKU MASIH MILIKMU.

“Andai hati ini kau miliki, siapalah diriku buat dirinya”

“Mira, kau janganlah begini. Banyakkan bersabar. Mesti ada sebab Fendi mengambil keputusan sebegini sekali. Aku yakin yang dia masih mencintai kau dan tidak mungkin dia sengaja memainkan perasaan kau.”

Pujukan Zura tidak lagi aku endahkan. Zura mengusap-ngusap belakangku sambil sebelah lagi tangannya menggenggam erat tanganku. Di dalam kotak fikiranku hanyalah Fendi, satu-satunya lelaki yang aku cintai sepenuh hati. Begitu mudah dia memutuskan hubungan kasih yang telah kami bina selama bertahun-tahun.

Pagi tadi aku telah menerima kiriman SMS daripada Fendi. Dia telah menyatakan bahawa di antara kami sudah tiada apa-apa lagi hubungan dan dia meminta aku untuk melupakan dirinya. Puas aku cuba menghubunginya, tetapi panggilan dan kiriman SMS yang aku hantar langsung tiada jawapan. Kini aku ditinggalkan begitu sahaja tanpa sebab yang munasabah. Terasa seperti ingin menjerit sekuat hati melepaskan perasaanku. YA ALLAH, badai apakah yang menimpa jiwaku ini. Hari-hari yang mendatang kian suram tanpa irama cinta yang sebelum ini menjadi rentak dalam setiap getar nafasku.

Seperti didodoi tidurku mendengar lagu Atas nama cinta nyanyian artis Indonesia itu. Barulah aku sedar rupanya telefonku yang berbunyi. Nama Shahriz tertera di skrin, terasa malas untuk menjawabnya.

Hello…Assalammualaikum,” suara Shahriz kedengaran di hujung talian.

“Waalaikummussalam…err, ada apa abang call Mira pagi-pagi ni?,” agak kasar soalanku namun aku berharap dia tidak sedar akan getaran di suaraku.

“Saja je abang call Mira, abang minta maaf kalau menggangu Mira,” mungkin dia sedar yang aku tidak senang untuk berbual dengannya.

“Hmm..” jawapku seperti tidak ikhlas melayannya.

“Mira…boleh tak kita jumpa sekejap? Abang ada perkara nak beritahu pada Mira. Boleh ye sayang?” pintanya sedikit merayu.

“Maaflah abang, Mira ada hal yang perlu diuruskan. Lain kali kita jumpa, bye. Belum sempat Shahriz berkata apa-apa, talian sudahku putuskan. Entah perasaan apa yang membelenggu hatiku sehingga aku rasa ingin menjauhi diri darinya.

“Siapa yang call tu? Buah hati ke?” sapa mama yang sudah berada disebelahku. Aku tidak sedar bila mama masuk ke bilikku.

“Eh. Mana ada. Kawan lama Mira je. Bila mama masuk sini? Mira tak perasaan pun?”

“Nak perasaan macam mana kalau Mira asyik berangan je, dah ada boyfriend baru ke? Orang mana? Bila nak kenalkan pada mama dan papa?” soal mama bertubi-tubi.

“Ke situ pula mama ni. Mira masih single lagi la. Mana ada orang yang nakkan Mira ni ma.” Jawabku yang mula mengendur.

“Bukan tak ada, tapi Mira tu yang terlalu memilih. Shahriz tu dah lama menanti Mira, tak baik Mira hampakan dia.”

“Bukan itu maksud Mira ma, cuma Mira masih tak dapat nak lupakan Fendi.” jelasku.

“Sudahlah tu Mira. Lupakanlah benda yang lepas. Buka lembaran baru and you must know that whatever happen, life must go on. Mama tengok shahriz seorang yang cukup sempurna. Kita pun dah lama kenal dia sekeluarga. Apa salahnya kalau Mira beri dia satu peluang.” Mama seakan-akan cuba membuka semula pintu hatiku yang telah lama aku tutup.

Aku tahu mama sentiasa ingin yang terbaik buatku, tapi aku masih belum bersedia untuk mencipta hubungan baru. Biarlah aku bersama kenangan-kenangan lamaku buat masa ini.

“Entahlah mama. Mira laparlah…Jom kita breakfast sama-sama.” aku cuba buka topic baru.

“Tengok tu, mama cakap lain Mira cakap lain. Hmm…ok jomlah kita breakfast.” Kami pun beriringan menuju ke ruang makan.

Selesai solat asar, aku duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen. Tumpuanku terganggu apabila tiba-tiba melihat kelibat Shahriz berdiri di hadapan pintu rumahku. Biarlah, mungkin dia ada urusan pejabat dengan papa, desis hatiku.

Shariz mula mendekatiku dan menegurku. Tetapi aku hanya membalas dengan senyuman.

“Mira rasa papa ada kat ataslah. Biasanya petang-petang macam ini papa dudul di bilik bacaan.” Beritahuku tanpa disoal dan dipinta olehnya.

“Abang datang sini bukannya nak jumpa uncle. Tapi abang nak jumpa Mira,” katanya sambil mengambil tempat duduk dihadapanku.

Ada apa yang abang nak jumpa Mira? Penting sangat ke?” soalku.

“Ini soal hati dan perasaan.” Jawabnya tenang.

Tetapi jawapan itu tidak sedikit pun memberi ketenangan padaku. Dadaku mula berombak kencang, air muka ku yang mulanya jernih sudah berkocak dan aku sudah dapat menjangka apa yang bakal terkeluar dari mulutnya.

“Mira…sebenarnya, walaupun dulu Mira pernah menolak cinta abang tapi cinta abang pada Mira tidak pernah pudar. Abang tahu sekarang mira dah single jadi abang nak melamar Mira menjadi isteri abang? Abang janji yang abang tidak akan mensia-siakan Mira.”

Aku hanya terdiam, membisu seribu bahasa. Kala ini mulutku terasa berat untuk berkata-kata. Aku sudah mula keliru,tiada angin tiada ribut tapi Shahriz datang melamar aku jadi isterinya. Isteri pula tu, kalau girlfriend tak apelah. Patutkah aku menolak cintanya sekali lagi? Pasti mama akan berdukacita dengan keputusanku. Sedangkan dulu semasa aku menolak lamarannya kerana aku sudah ada Fendi, aku hampir-hampir sahaja bergaduh dengan mama. Mama terlalu sayang akan Shahriz sepert sayang anak sendiri. Hati kecilku mula berdolak-dalih. Setelah beberapa minit berlalu, barulah ada sedikit kekuatan untukku berterus-terang dengannya.

nantikan episod seterusnya k.....
ada 2 episod lagi..

No comments: