Wednesday, November 23, 2011

Rindukan Arwah

Time ujan-ujan camni, terasa rindu dengan pengat pisang arwah mak...
Selama ni, aku terlalu sibuk dengan study sampai bile mak dah takde, aku rase masih belum puas bermanja dengannya...kalau boleh nak sangat peluk cium die sekarang, tapi apakan daya...

Aku telah dimasukkan ke sekolah berasrama sejak Form 1. Jadi, mase yang aku luangkan untuk bersama mak sgtlah sedikit. Lepas form 5, aku terus pergi PLKN die Negeri sembilan. Paling lama aku duduk rumah pun dalam 3 bulan je. Balik PLKN pergi Matrik pulak.Abis Matrik blaja lagi....Memang jarang sangat aku duk rumah lama2 melainkan cuti sem.

Masa aku di semester 5, mak aku pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya....Mak aku meninggal akibat penyakit Hepatitis. Masa mak aku sakit di HSA ( hospital sultanah Aminah), setiap hari lepas kuliah aku akan naik bas ke sana. selalu juga aku ponteng kuliah sebelah petang...masa tu la aku dapat meluangkan masa dengan arwah.kadang-kadang aku tertidur di tepi katil arwah.

Mak menghembuskan nafas terakhir dihadapan kami semua. Adikku, yg ketika itu tidak berhenti mengucapkan kalimah syahadah ke telinga emak hampir pengsan setelah mak menghembuskan nafas buat kali terakhir. Doktor dan jururawat bertugas turut terasa ketengangan suasana di bilik ICU itu.

Kutatap wajah emak dekat-dekat. seperti tidak percaya yang aku sudah kehilangannya...
Peritnya amat dirasai.

Kini, aku lebih mengerti bagaimana perasaan seorang ibu kerana aku juga sudah bergelar ibu..
Aku berjanji pada diriku untuk menjadi seorang ibu yang dapat mendidik anak-anakku supaya mereka boleh berjaya di dunia dan akhirat...

Akhir kata, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Amin


Adam dah 5 Bulan

Ramai kawan-kawan aku yang macam tak percaya yang aku dah ada anak. Maklumlah umur aku hari ni baru 23 tahun 6 bulan. Bile dah ada anak, sedikit sebanyak cara hidup kita pun akan berbeza.Mana taknya dulu anak dara, sekarang dah jadi mak orang.

Sekarang Adam dah 5 bulan, perkembangan terbaru Adam, dia dah pandai meniarap, dah pandai naik walker(laju je dia naik), dah pandai pegang botol sendiri , macam-macam lg lah..lau nk tau, meh la datang rumah jumpa adam sendiri.


Mata yang menggoda..hehe

Adam gigit teether sampai jari pun nk digigitnya...

Adam naik walker. Aku alas badan dia dengan bantal sbb Adam suke melompat dalam walker.

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Felt Brooch

During pregnancy, my assistant was takeover my duty as a chemist. I only do a few test.
because I'm so free, I spend a lot of time in office to do the handmade brooch.

Now, I'm not interest in that brooch anymore. So I gave the brooch as a gift to my neighbours daughters and my cousin.

Let's look my handmade!


Love wing, butterfly and flower shape

A pairs of flowers

colourful choice

This love pair is my favourite, but I already gave to my neighbours daughter.

what do you think??Is it nice?

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Monday, November 21, 2011

CePITSO

Pada 3- 7 oktober lps, aku dah berjaya menghadiri salah 1 kursus yg dianjurkan EIMAS. Namanya kursus Physical and chemical process for effluent treatment system...yang sedihnye, terpakse tgl Adam n papa die seminggu..

Why this course is important?

1)We need to ensure that our water discharge do not contain any hazardous chemical.

2)To fulfill DOE requirement as written in environmental

Act.

3) To learn on how we are going to treat our waste water in plant to achieve the standard.

4) Understanding the effect of hazardous chemical to our heal
th and environment.

5) To get deeper on the test method for water sample.


This is the example of water treatment plant that was build in Eimas for training purpose:


Raw material contain chromium, zink & Nickel


pH adjutment tank, coagulation and flocculation tank

Biological treatment tank

Final discharge & Filter press

Antara paticipants kursus ni adalah manager, engineer, executive yang berpengalaman. Aku yg paling junior kt situ dan kurang berpengetahuan berbanding yg lain.

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Friday, November 18, 2011

Kenangan Syawal 2011

Ini tahun pertama aku beraya sebagai seorang isteri dan ibu. Best rupanya jd ibu ni.. mana tak nye pegi beraya mane-mane confirm dapat wit raya. hehe. Yang tak best, kita pn kene bg anak owg wit raya. Jom tengok koleksi gambar raya 2011.


Adam pakai baju Ferrari gitew.


Nampak tak ada dua org mat salih? yang duduk tu Sarah & yang berdiri tu Nick..
Nick tu gf pak su aku.


Ni gambar mak & bapak mentua aku. Tahun ni kitorg beraya kt umah mentua. kt kelantan.


Ehem2. macam pasangan kekasih je. (Uwek!)hehe


Keluarga bahagia..InsyaAllah..


Kenangan terakhir bersama Arwah abg ipar ( baju pink) tidak akan dilupakan. Arwah meninggal akibat kemalangan jalan raya sebulan selepas raya. Al-fatihah buat Arwah Mohd Kamaruddin B Ab Rahman, 31.. yang menyedihkan, arwah meninggalkan seorg isteri tgh mengandung & 5 org anak. Isteri Arwah dah bersalin seminggu selepas pemergian Arwah.

sampai disini saja cerita aku....

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Adam jalan-jalan

Bile dah abis pantang, aku terus ajak papa jalan2. Rasa macam dh lama tak keluar rumah. antara tempat yg kitorg pegi, Bukit Layang-layang dan Desaru..

Jom tgok!

Ni mase aku belum abis pantang. Adam 35 hari.


Papa & Adam


Pemandangan laut di Desaru.


Awek & Pakwe..hehe perasaan betul la..



Adam tido dalam stroller die.


free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Sakit kuning

Ari ke-3 Adam dilahirkan, ada dua org nurse dtg ke rumah untuk check baby.. diorg suspek Adam kne kuning.. keesokan harinya aku & papa bawa Adam ke klinik kesihatan. Ya. memang Adam kene kuning, masa tu kuning die 13.5. tingggi jugala. ari ke-5, pergi cek lg, n kuning Adam dh naik 15, nurse trus suh g HSI (hospital sultan ismail). Menurut Dr, berat adam 2.58 kg je jd kuning dia tak boleh lebih dari 15. klu lebih, admit wad la jawabnya. Dr. buat test kuning lagi sekali. kuningnya dh naik lg. mencecah 16.5...memang sah la kene masuk wad.

Adam dimasukkan ke wad jam 7.30 am, 18/06/11. Aku rase sedih sangat. kesian tgk Adam dibogelkan di bawah lampu biru, dgn suhu yg sejuk dlm lebih kurang 18 darjah celcius shj. dahla sakit dicucuk sana sini.. Aku tak dapat tgk Adam lama2.. sebak sangat..

Selepas bersoal jawab dgn dr. barula aku tau, rupanya herba yang aku makan adalah penyebab Adam kena kuning.makin la bertambah sedih rasanya. rasa macam nk peluk cium Adam je masa tu. kalau Adam boleh faham , rase macam aku nk cakap "maafkan mama.mama yang menyebabkan Adam kena kuning."mengalir airmata. beria-ia aku nangis sampai guard kt luar wad baby tu ckp. "saba la kak. esok lusa keluar la tu,baby memang biasa kene kuning"......'sedap je ckp. orang laki, bukan faham perasaan seorg ibu' desis hatiku.

19/6/11 pukul 10.00 am, jiran-jiranku datang kerumah nak tgok baby, maklumlah ari ahad org cuti. tp diorg tak dapat tgok adam, sbb adam kt hospital... bila la Adam nak balik. rindu Adam..

Jam 10.30 am, ketika aku dan jiran-jiran sdg leka berborak, telefon papa berdering..Hospital call. Dr. kata Adam dah boleh kuar. kuning die dah turun. Alhamdulillah...Adam duk dalam wad tak sampai 24 jam pun.

Hooray!!! Adam dh boleh balik..cepat2 kitorg bersiap amik Adam.


Adam dalam kereta balik dari hospital.


Adam & Syamier


Tembam pipi adam. walaupun berat die baru 2.58 semasa dilahirkan.


Adam yg berfikir sambil tido...berkerut je kening die.


free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Adam Ziqry




Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi kerana aku dikurniakan seorang cahaya mata yang tidak kurang comelnye. Detik 2.40 am, 15/6/11 menjadi saksi pengorbanan seorg ibu melahirkan anaknya... Walaupun terpakse menahan kesakitan yang teramat sgt, tapi dihati ku berasa amat bahagia apabila melihatnya..macam xsangka je, aku telah melepasi zon seram (zon bersalin).hehe...alhamdulillah sekali lg...


Adam....itula namaku yg ku berikan kpd anakku...nama penuhnya Muhammad Adam Ziqry Bin Mohd Shahrunizam...Jom tgok gambar dia!

sebelum tu jom tgk dulu gmbar mama adam menanti saat nk bersalin...jam 10.00 pm, 14/06


Nila gmbr adam pada jam 7.00 am.



ha.. ni gambar adam dh buka mata jam 10.00 am..cuba teka mcm sape...
Mestila comel cam mama dia & hensem cam papa die..hehe



Buat adam tersayang, mama doakan supaya adam jadi anak yang baik, soleh, pandai dan semua lagi yang baik. Amin.....

free glitter text and family website at FamilyLobby.com