Wednesday, November 23, 2011

Rindukan Arwah

Time ujan-ujan camni, terasa rindu dengan pengat pisang arwah mak...
Selama ni, aku terlalu sibuk dengan study sampai bile mak dah takde, aku rase masih belum puas bermanja dengannya...kalau boleh nak sangat peluk cium die sekarang, tapi apakan daya...

Aku telah dimasukkan ke sekolah berasrama sejak Form 1. Jadi, mase yang aku luangkan untuk bersama mak sgtlah sedikit. Lepas form 5, aku terus pergi PLKN die Negeri sembilan. Paling lama aku duduk rumah pun dalam 3 bulan je. Balik PLKN pergi Matrik pulak.Abis Matrik blaja lagi....Memang jarang sangat aku duk rumah lama2 melainkan cuti sem.

Masa aku di semester 5, mak aku pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya....Mak aku meninggal akibat penyakit Hepatitis. Masa mak aku sakit di HSA ( hospital sultanah Aminah), setiap hari lepas kuliah aku akan naik bas ke sana. selalu juga aku ponteng kuliah sebelah petang...masa tu la aku dapat meluangkan masa dengan arwah.kadang-kadang aku tertidur di tepi katil arwah.

Mak menghembuskan nafas terakhir dihadapan kami semua. Adikku, yg ketika itu tidak berhenti mengucapkan kalimah syahadah ke telinga emak hampir pengsan setelah mak menghembuskan nafas buat kali terakhir. Doktor dan jururawat bertugas turut terasa ketengangan suasana di bilik ICU itu.

Kutatap wajah emak dekat-dekat. seperti tidak percaya yang aku sudah kehilangannya...
Peritnya amat dirasai.

Kini, aku lebih mengerti bagaimana perasaan seorang ibu kerana aku juga sudah bergelar ibu..
Aku berjanji pada diriku untuk menjadi seorang ibu yang dapat mendidik anak-anakku supaya mereka boleh berjaya di dunia dan akhirat...

Akhir kata, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Amin


No comments: