Sunday, April 12, 2009

Cerpen Episod 2

kat bawah ni adalah sambungan dari cepen episod 1...jangan x baca tau..bagi la komen2 korang yang membina tu ckit ea..thankz..

CINTAKU MASIH MILIKMU (EPISOD 2)


“Mira tak sedia lagi untuk semua ni abang. Mira….Mira perlukan masa untuk mencintai abang setulus hati. Mira sudah anggap abang seperti abang kandung Mira, abang tak perlu tunggu Mira. Mungkin ada orang lain yang lebih layak untuk abang.” Aku harap dia akan memahami keputusanku.

“Mira…hati dan cinta abang hanya satu dan ia ada pada Mira. Berilah abang peluang kali ini untuk membahagiakan Mira. Izinkanlah abang menunggu sehingga pintu hati Mira terbuka. Abang rela. Please Mira, fikirkanlah tentang hubungan kita,” Rayuannya membuatkan aku bertambah bingung.

“Abang, berilah Mira sedikit masa. Mira tak dapat nak beri keputusan sekarang.”

“Baiklah Mira, ambillah masa untuk diri Mira. Abang sentiasa mendoakan kebahagiaan Mira.”

Shahriz bingkas bangun dari tempat duduknya namun matanya yang berkaca-kaca itu tidak lepas dari memandang wajahku.

“Abang balik dulu, hari pun dah hampir senja ni,” aku hanya mengangguk. Dia terus berlalu meninggalkanku di ruang tamu.

Malam minggu itu, Shahriz menjemputku dirumah untuk keluar makan bersama. Pada awalnya aku tidak mahu tapi aku rasa lebih baik untuk aku mula berfikir tentang hubungan kami.

Selesai makan aku meminta agar dia menghantar aku pulang awal kerana aku tidak ada mood untuk kemana-mana lagi. Walaupun dia agak kecewa, tetapi dia pasrah. Sebenarnya aku tidak mahu pertemuan kami dipanjangkan kerana aku masih belum dapat memberi jawapan padanya.

“Hairatul mahirah!” Berderau darahku kerana terperanjat. Apabila melihat aku terkejut, Shahriz mula mentertawakanku.

“Kenapa dengan abang ni? Gugur jantung Mira dibuatnya,” marahku sambil mengurut-ngurut dada.

“Opps sorry. Dah banyak kali abang panggil Mira tapi Mira tak jawab. Apa yang sedang Mira fikirkan tu?”

“Tak ada apa-apa.” Jawabku selamba.

Suasana kembali sepi.

“Apa keputusan Mira tentang hubungan kita?”

Saat ini aku hanya menundukkan wajah, aku tidak sanggup lagi untuk melihat wajahnya. Entah mengapa terlalu payah untuk menerimanya sebagai kekasihku.

“Abang, andai hati Mira boleh dibahagikan, pasti abang akan mendapat bahagian yang paling banyak sebab abang terlalu baik pada Mira selama ini. Tapi cinta tak semudah itu, cinta tak boleh dipaksa.” jawabku perlahan-lahan.

“Mira tak dapat nak janji apa-apa pada abang, tapi Mira akan cuba beri peluang pada kita dan Mira akan lupakan Fendi,” sambungku. Kedengaran Shahriz melepaskan nafas kecewanya.

“Mira jangan salah faham, abang bukan nak paksa Mira dan abang bukan nak Mira buang Fendi sepenuhnya. Abang cuma minta sedikit ruang dihati Mira untuk menyayangi abang. Abang terlalu cintakan Mira.” Hatiku semakin sayu mendengar pengakuannya.

Seluruh jiwaku diserpa rasa bersalah kerana selama ini aku terlalu mementingkan perasaan sendiri sehingga mengabaikan perasaan orang yang menyintaiku. Airmata yang sejak tadi kutahan akhirnya meluncur laju membasahi pipiku. Mengapa begitu mendalam cintanya padaku sedangkan aku tidak pernah mencintainya. Tapi mengapa orang yang aku cintai sanggup tinggalkan aku…Fendi..kenapa Fendi buat begini pada Mira....Semakin deras airmataku mengalir apabila terbayangkan wajah Fendi.

“Sudahlah tu Mira, abang tak nak Mira bersedih. Jangan bazirkan airmata Mira.”

Tidak lama kemudian kami tiba dirumahku. Sempat shahriz memberi kata-kata semangat sebelum kami berpisah.

“Letihnya badan Mira ni mama, Mira nak rehat sekejaplah,” kataku pada mama yang sedang menonoton television.

Memang badanku terasa penat kerana sejak pagi tadi aku membantu Pak Tam membersihkan taman di halaman rumahku.

“Mira pergilah rehat tapi jangan lupa solat zohor dulu. Itulah, kan mama dah pesan tadi tak perlu buat kerja-kerja tu. Pak Tam boleh siapkan sendiri,” celoteh mama.

Ala mama, Mira saja nak keluarkan peluh…”

“Mira naik dulu ye,” mama hanya menggeleng. Lantas aku menuju ke bilikku di tingkat atas. Tidak sabar rasanya untuk merehatkan badan ni. Sampai sahaja di bilik, aku terus menyempurnakan tanggungjawbku sebagai muslimah. Sempatku titipkan doa agar ALLAH sentiasa memberikan petunjuk dan hidayahnya kepadaku.

“Mira…bangun sayang.” terasa bahuku digoncang lembut.

Perlahan-lahan aku celikkan mata, Mama sudah berada disisiku. Jam di atas meja baru menunjukkan jam 3.30 petang. Sempat aku berkira-kira bahawa aku baru tidur selama setengah jam. Tapi kenapa mama mengejutkan aku?soalku di dalam hati.

Ada apa mama?” soalku

Lambat-lambat mama menjawab pertanyaanku. Kelihatan seperti teragak-agak untuk memberitahu sesuatu.

“Hmm…Fendi datang, dia tunggu Mira kat bawah,” seperti ada satu pukulan hebat pada jantungku. Seperti tidak percaya dengan kata-kata mama, jauh di sudut hatiku berharap ini hanyalah suatu mimpi.

Kenapa lelaki itu muncul kembali dihadapanku? Adakah dia mahu kembali kepadaku? Argh! Aku takkan terima lelaki itu lagi...aku termenung seketika, mama meninggalkan aku bersendirian. Setelah difikirkan, lebih baik aku berjumpa dengannya untuk menjelaskan yang hubungan kami sudah tamat. Aku bingkas bangun dan mengemaskan serba sedikit diriku sebelum turun.

Semasa aku menuruni anak tangga, Fendi memandangku dan melemparkan senyuman kepadaku tapi sengaja tidakku balas. Dia masih sama seperti dulu, gemar berkemeja putih dan berseluar jeans menampakkan dia sentiasa kemas dan ringkas.

“Mira, maafkan Fendi mengganggu Mira. Tapi Fendi datang sini ada hajat,” katanya tanpa di soal.

“Fendi…antara kita sudah tiada apa-apa lagi. Jadi,lebih baik Fendi balik sekarang.” Aku menjauhkan lagi jarak antara kami berdiri sebagaimana aku cuba menjauhkan hatiku dari menerimanya.

“Mira, sebab itulah Fendi datang. Fendi nak pulihkan semula hubungan kita. Berilah Fendi peluang untuk jelaskan apa yang terjadi. I love you so much mira.” Fendi cuba mencapai tanganku tapi pantas aku mengelak.

“Tidak semudah itu Fendi,” jawabku tanpa memandangnya. Hatiku ini sudah merajuk, tidak faham lagikah dia? ngomel hatiku.

Just give me five minutes and I will explain everything to you. Then up to you to make a right decision. Please mira…” rayu Fendi

“Kenapa baru sekarang Fendi nak jelaskan semuanya? Kenapa tak dari dulu? Sudahlah Fendi, Mira tak nak dengar apa-apa alasan lagi.” Bidasku, aku mengingatkan diriku supaya tidak mudah percaya dengan kata-katanya. Cukupla sekali aku terluka…sekali…

“Kalau Mira tak nak dengar, Fendi tak boleh nak paksa. Tapi Fendi tetap cintakan Mira hingga ke akhir hayat Fendi. Esok petang Fendi akan bertolak ke London.

Fendi ada urusan di sana dan Fendi tak pasti bila Fendi akan pulang ke Malaysia. Tapi sebelum Fendi pergi, Fendi harap Mira akan terima Fendi kembali. Maafkan Fendi atas segala yang terjadi. Fendi akan tunggu mira di lapangan terbang kalau masih ada kemaafan buat Fendi. Fendi balik dulu sayang.” Hampir sahaja aku menitiskan aimata tatkala mendengar kata-katanya.

NAK TAU PENGHUJUNG KISAH INI??

BACA EPISOD YANG KETIGA YE.....

1 comment:

MaHieRa said...

aisk..
nme ku hairatul mahiera kot....