Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata. Fikiranku hanya tertumpu kepada dua insan yang kini setia menagih cintaku. Haris affendi, mengapa kau kembali semula setelah kau hiris hatiku? Tiba-tiba rasa menyesal timbul dibenakku kerana aku tidak memberi peluang langsung untuknya menjelaskan apa yang berlaku. Begitu susah bagiku untuk memilih antara dua insan itu. Aku menangis lagi, entah buat kali ke berapa. Hatiku bergelut dengan perasaan yang tidak menentu. Tanpa aku sedari jam sudah berganjak ke 1.00 pagi tapi mataku belum mahu tertutup. Ya ALLAH, tunjukkanlah aku jalan keluar yang benar.
Petang ini aku telah bersetuju keluar dengan Shahriz. Kerana pujukan Shahriz pagi tadi, akhirnya aku akur untuk keluar dengannya. Tapi bagiku tiada apa yang perlu dibincangkan lagi antara kami selagi aku masih belum bersedia menerimanya. Hanya Fendi yang aku fikirkan sekarang. Adakah aku harus melepaskannya begitu sahaja? Hatiku merintih dalam kesamaran. YA ALLAH bantulah hamba ini mencari jawapan.
“Mira kenapa senyap je. Maaflah kalau Mira rasa terpaksa keluar dengan abang.”
“Tak apa lah, Mira pun tak ada apa nak buat kat rumah tu. Boring juga.” aku
“Boleh abang tanya sikit? Harap Mira tak kisah.”
“Apa dia? Tanyalah…macam serius je bunyinye.”
“Mira tak nak hantar Fendi ke Airport ke?” selamba sahaja di menuturkan soalannya. Aku hanya tergamam, semakin lemas mendengar nama itu. Tapi masih tertanya-tanya bagaimana Shahriz boleh mengetahui hal ini. Berbagai-bagai andaian mula timbul.
“Fendi ada jumpa abang semalam. Dia dah terangkan segala-galanya tapi kenapa Mira tak bagi peluang untuk dia beri penjelasan? Kalau Mira masih cintakan dia abang rela lepaskan Mira, yang penting mira bahagia. Mira…sebagai seorang lelaki, abang cukup faham perasaan Fendi lagipun mencintai seseorang itu tidak semestinya bersama cukuplah mendoakan yang terbaik untuk orang yang kita cintai.” Kenyataan Shahriz seakan-akan mahu aku kembali pada Fendi.
“Mira tak pasti,abang. Apa Mira patut buat sekarang?” suaraku mula perlahan.
“Abang hantar Mira ke airport ye?” dalam bergelut dengan perasan sendiri, aku hanya mengangguk tanda setuju. Sepanjang perjalanan Shahriz menerangkan bahawa Fendi ada masalah keluarga. Aku hanya memasang telinga. 15 minit kemudian kami tiba disana. Mujurlah jalan tidak sesak petang ini. Kami tercari-cari kelibat Fendi. Tidak lama kemudian, aku bertentang mata dengan seseorang. Jantungku mula berdegup hebat sehebat gendang yang dipukul bertalu-talu. Seolah-olah ada tarikan pada sepasang mata itu, perlahan-lahan aku mara kearahnya.
“Fendi, Mira belum terlambat lagikan?” entah mengapa soalan itu yang terkeluar dari mulutku. Aku hanya menundukkan muka, rasa malu untuk terus bertentang mata dengannya.
Fendi hanya senyum dan menggenggam tanganku seperti tidak mahu dilepaskannya lagi. Apabila Fendi menyentuh tanganku, terasa darah panas mengalir ke segenap tubuh. Airmata yang sejak tadi bertakung akhirnya gugur juga.
“Terima kasih Mira kerana sudi menerima Fendi semula. Fendi takkan sia-siakan Mira lagi.” Ucap Fendi penuh nekad.
Fendi memandang Shahriz yang setia berdiri dibelakangku, mereka saling tersenyum dan bersalaman. Tidak lama kemudian, kedengaran arahan agar semua penumpang-penumpang memasuki pesawat.
“Fendi kena pergi dulu sayang, I love you so much.” Satu kucupan hangat singgah didahiku.
“I love you too. Mira akan tunggu Fendi, take care,” bisikku kepada Fendi. Langkahnya semakin menjauh meninggalkanku sambil tangannya melambai-lambai kearahku. ALHAMDULILLAH, kini aku pasti yang cintaku hanya untuknya. Doaku dalam hati, semoga ALLAH melindunginya di mana saja dia berada. Pastinya aku tidak sabar menunggu kepulangannya nanti.
1 comment:
beb...
name aku hairatul mahiera la...
waaa
add aku...n jgn lupe comment...
www.azhiera.blogspot.com
plzz...
i miz u la..
Post a Comment