Thursday, January 14, 2010

Aku akan pastikan, ini yg terakhir!

::Kisah benar yang menyayat hati ::

14 hb Jan 2010, 12.00 pm

Malang tidak berbau...Tadi, selepas pulang dari kuliah kimia organic industri perutku terasa seperti minta diisi..Bersama temanku (Yon), kami mengambil keputusan utk membeli makanan di cafe C (dirahsiakan nama sebenar).
sebenarnya aku sudah lama tidak menjejaki ke cafe itu selepas kejadian 5 bulan lalu....

5bulan lalu.....

sedang temanku Nisa khusyuk memilih lauk di cafe C, baru saja dia ingin menyedok sedikit kuah sayur lemak cili padi....kelihatan seperti ade makhluk yang sedang berenang-renang di dalam kuah tersebut...berwarna hitam dan bersayap ..Lalat...bukan seekor tapi sepasang...Hatta, kami pn terus keluar dr cafe tersebut.. Perasaan geli yang berlitar di tekak dan perut aku dan temanku itu memakan masa berbulan untuk sembuh. sehingga kejadian hari ini....

Hari ini....

Selepas sampai di cafe C, aku dan yon terus menuju ke ruang lauk. Hampir 5 bulan aku tidak ke situ, sudah macam2 lauk baru...nampak mcm menarik....'mungkin ada tukang masak baru, nampak pn mcm dh bersih' desis hati kecilku... Aku pn mengambil sedikit sayur terung dan burgedil. Kami bungkus utk mkn dibilik.

Tidak lama selepas tiba dibilik..aku pn membuka lauk2 tdi utk dimakan. Suapan pertama, hanya 1 perkataan yang terlintas "sedap". suapan kedua, ada 1 kejutan.....makhluk asing yang berumah di dalam terung itu sudah menunjukkan mukanya...xtau la nk panggil ape..tapi ciri-cirinya seperti di bawah :

1) panjang ~1cm
2)warna putih belang2 itam
3)diameter : ~0.03 cm
4)Cara bergerak : mengesot

Hmmm...mungkin aku bleh kategorikan sebagai ulat...kenapela malang sgt nasib aku setiap kali makan kat ctu..

Dengan rasa prihatinnya, aku nk nasihat pada sesiapa yg makan di Cafe tersebut utk lebih berhati2...Lindungi diri anda dan keluarga dari Ulat, Lalat n ape saja yg mungkin bleh berada didalam makanan anda..sekian..buletin Jam 12.

No comments: