Wednesday, November 23, 2011

Rindukan Arwah

Time ujan-ujan camni, terasa rindu dengan pengat pisang arwah mak...
Selama ni, aku terlalu sibuk dengan study sampai bile mak dah takde, aku rase masih belum puas bermanja dengannya...kalau boleh nak sangat peluk cium die sekarang, tapi apakan daya...

Aku telah dimasukkan ke sekolah berasrama sejak Form 1. Jadi, mase yang aku luangkan untuk bersama mak sgtlah sedikit. Lepas form 5, aku terus pergi PLKN die Negeri sembilan. Paling lama aku duduk rumah pun dalam 3 bulan je. Balik PLKN pergi Matrik pulak.Abis Matrik blaja lagi....Memang jarang sangat aku duk rumah lama2 melainkan cuti sem.

Masa aku di semester 5, mak aku pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya....Mak aku meninggal akibat penyakit Hepatitis. Masa mak aku sakit di HSA ( hospital sultanah Aminah), setiap hari lepas kuliah aku akan naik bas ke sana. selalu juga aku ponteng kuliah sebelah petang...masa tu la aku dapat meluangkan masa dengan arwah.kadang-kadang aku tertidur di tepi katil arwah.

Mak menghembuskan nafas terakhir dihadapan kami semua. Adikku, yg ketika itu tidak berhenti mengucapkan kalimah syahadah ke telinga emak hampir pengsan setelah mak menghembuskan nafas buat kali terakhir. Doktor dan jururawat bertugas turut terasa ketengangan suasana di bilik ICU itu.

Kutatap wajah emak dekat-dekat. seperti tidak percaya yang aku sudah kehilangannya...
Peritnya amat dirasai.

Kini, aku lebih mengerti bagaimana perasaan seorang ibu kerana aku juga sudah bergelar ibu..
Aku berjanji pada diriku untuk menjadi seorang ibu yang dapat mendidik anak-anakku supaya mereka boleh berjaya di dunia dan akhirat...

Akhir kata, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Amin


Adam dah 5 Bulan

Ramai kawan-kawan aku yang macam tak percaya yang aku dah ada anak. Maklumlah umur aku hari ni baru 23 tahun 6 bulan. Bile dah ada anak, sedikit sebanyak cara hidup kita pun akan berbeza.Mana taknya dulu anak dara, sekarang dah jadi mak orang.

Sekarang Adam dah 5 bulan, perkembangan terbaru Adam, dia dah pandai meniarap, dah pandai naik walker(laju je dia naik), dah pandai pegang botol sendiri , macam-macam lg lah..lau nk tau, meh la datang rumah jumpa adam sendiri.


Mata yang menggoda..hehe

Adam gigit teether sampai jari pun nk digigitnya...

Adam naik walker. Aku alas badan dia dengan bantal sbb Adam suke melompat dalam walker.

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Felt Brooch

During pregnancy, my assistant was takeover my duty as a chemist. I only do a few test.
because I'm so free, I spend a lot of time in office to do the handmade brooch.

Now, I'm not interest in that brooch anymore. So I gave the brooch as a gift to my neighbours daughters and my cousin.

Let's look my handmade!


Love wing, butterfly and flower shape

A pairs of flowers

colourful choice

This love pair is my favourite, but I already gave to my neighbours daughter.

what do you think??Is it nice?

free glitter text and family website at FamilyLobby.com