Sunday, January 18, 2009

Akibat kekenyangan

Diriwayatkan bahawa Nabi Yahya a.s pernah didatangi iblis yang membawa beberapa benda bergantungan pada badannya.
Lalu Nabi Yahya bertanya: "Apakah benda yang bergantungan itu?"
Jawab iblis; "Inilah syahwat yang aku pergunakan untuk menguasai dan menggoda manusia. "
Nabi Yahya kemudian bertanya: "Apakah yang ada pada syahwat itu?"
Jawab iblis: "Kadang- kadang dengan syahwat ini engkau kekenyangan lantas aku beratkan engkau daripada mengerjakan solat dan zikir."
Nabi Yahya terus menjawab; "Demi Allah, selama- lamanya aku tidak akan memenuhi perut dengan makan hingga terlalu kenyang."

So, kita tak sepatutnya makan hingga terlalu kenyang kerana boleh menyebabkan kita malas dan tidak mampu beribadat. Dan kerana kekenyan juga boleh mengakibatkan banyak penyakit…..:-)

No comments: